Kenapa Malu Berniaga???
Bismillah.
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah dikongsikan oleh mentor saya mengenai perniagaan. Ringkas tetapi cukup membangkitkan semangat saya yang masih terlalu mentah dalam perniagaan atas talian.
Perkongsian yang menegaskan bahawa dalam perniagaan kita harus mengetepikan perasaan malu dan apa yang perlu kita buat bila kita start berniaga dalam talian.
Dia cakap macam ini:
"Mak sentiasa nasihat anak-anak (Stokis) mak, kalau betul-betul mahu berniaga, mahu duit berkepuk-kepuk. Buang malu, buang ego dan buang semua yang negatif-negatif".
Apa yang kita mesti buat bila kita mula berniaga???
1) AMBIL AURA POSITIF
Bila kita sudah mula berniaga ambil semua aura positif dan buang semua aura negatif yang boleh menghalang kita maju dalam perniagaan yang kita jalankan.
2)PUBLICKAN POST
Tidak perlu fikir "eh nanti haters saya nampak dan cakap saya tiada duit sebab tu berjual". Persetankan semua kata-kata negatif haters kita, just focus dengan perniagaan kita. focus apa yang perlu kita buat untuk memajukan perniagaan kita. Sebab yang mahu duit banyak kita, yang makan sedap nanti kita bukan haters kita. Bila kita dengar semua yang haters kita cakap percayalah kita tidak akan mampu meneruskan semua yang kita rancang dan sudah pasti kita tidak dapat capai apa yang kita impikan. Sooo,,,, abaikan haters kita.
3) JANGAN CIPTA ALASAN
Jangan sesekali fikir "macam saya tidak boleh sebab tiada orang mahu beli". Ingat, sekarang zaman IT. Untuk mencari duit hanya dihujung jari. Kalau kita betul-betul berusaha menjadikan internet sebagai paltform berniaga, In shaa Allah rezeki kita pasti akan melekat-lekat,
4) JANGAN MALU ADD ORANG
Abaikan jika orang anggap kita stalker yang penting kita tahu niat kita menjual. Niat kita mahu cari potential buyer. Selepas add random friend, perkenalkan diri dan jaga relationship agar orang yang kita add tadi mula percaya dengan kita sebab bila orang percaya dengan kita, mereka juga mula percaya dengan jualan kita. Ingat, jangan sesekali up status negatif di laman sosial anda.
Orang yang tidak faham dengan dunia perniagaan online mungkin akan pandang kita usahawan online sebagai orang yang mahu berniaga tetapi tidak mampu membuka kedai. Jangan silap, sebab perniagaan online kadang-kadang lebih untung daripada orang yang berniaga ada kedai kerana kita tidak perlu sewa kedai. So, teruskan saja.
Baiklah, itu sahaja yang saya ingin kongsikan. Semoga memberi manfaat dan semoga berjaya.
Ulasan
Catat Ulasan